hai semua!! macam mana hari ini...??semua study oke??pasti penat kan...hehe!sekarang ni kena relax2 lah ya...jangan tambahkan pressure dekat kepala itu. kit kat kan ada..hahaha!
hurmm..kali ni sherry nak share pasal apa?? memandangkan semua sedang tension dengan kerja, study lagi tu..apa kata sherry kongsi tentang serba sedikit kebaikan chocolate. haaa...kan?Orang cakap chocolate ni boleh hilangkan stress..sebab rasa manis dia tu..
kalau sherry...xberape sangat kalau bab chocolate ni..kadang2 teringin juga mahu tahu kan..knpa ramai sangat org suka makan benda ni..terutama budak2..yang dah remaja pun..hhehehe!
nak tahu ke tak??okay..ni dia..
1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko
memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya
dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya
antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan
antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama
ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi
antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman
kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol
dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung
dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta
mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan
lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak
menyumbat pembuluh darah.
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin
yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin
D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat
pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan
kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika
seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan
hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah
bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu
menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan
meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan
kesan negatif dari PMS.
4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah
kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah
penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam
dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan
kulit.
5- Coklat Bibitkan Rasa Cinta
Coklat juga mengandungi
phenylethylamine yang berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan
menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan
gembira,meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh
cinta.Itulah alasan yang boleh digunakan,mengaoa coklat sering dijadikan
sebagai hadiah tanda cinta.
yummyyyy....sedapnya...hehehe!terliur2 bila baca kan...lepas nie pergi mana2 kedai yang ada jual chocolte..hehhe!
so how??dah tahu kebaikan dia kan..so apa tunggu lagi ..jom kita serbu !!
love yea!
No comments:
Post a Comment