Monday, October 7, 2013

Kamek Anak Sarawak!

Hai bloggers....hehehe!Nama berita? (apakhabar?).. Ini first time Sherry buat blog..mula-mula memang tak tahu apa yang perlu share dengan kawan -kawan. Tapi mujur ada kawan bagi idea..hehe! Kawan Sherry bagi idea.. "bagi tahu lah apa tempat2 menarik kat Sarawak".. ya tak ya juga kan..hhehe! Biasalah 1st time jadi seoarang blogger ni..perlu banyak idea.

Sherry ni orang Sarawak..dari Lubok Antu..pelik kan nama tempat saya??hahaha!tapi jangan takut lah ya..tempat saya ni menarik..dekat jer dengan Hilton Batang Ai..promote kejap.haha! Sherry orang Iban,muka jer nampak macam chinese sikit. Sebab bnayak orang fikir saya chinese...

Okay!Bila masa mau cerita pasal tempat dekat Sarawak nih??!!merapu jer..sebelum kita kenal dulu tempat kat Sarawak, perlu tahu dulu sedikit dulu tentang Sarawak.Ni dia.. Banyak tempat menarik di Sarawak yang boleh kita kenali tetapi mari kita kenali negeri Sarawak terlebih dahulu. Sarawak merupakan negeri yg terbesar di antara 13 buah negeri yg terdapat di Malaysia dan merupakan kepulauan ketiga terbesar di dunia – Kepulauan Borneo. Lebih dikenali sebagai Bumi Kenyalang, mempunyai keunikan yg tersendiri dari segi polpulasi, budaya, keadaan geografi dan sejarah.

Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban, Chinese, Malay, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain.
Dengan adanya keunikan dari segi kepelbagaian kaum di Sarawak, ini membuatkan Sarawak merupakan negeri yg mempunyai pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk di Sarawak turut dapat menikmati kepelbagaian sambutan perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Keunikan inilah membolehkan Sarawak menjadi satu destinasi pelancongan yang popular. Di bawah adalah tempat menarik di Sarawak:

Taman Negara Bako

tamannegarabako1 Tempat Menarik di Sarawak

Sebuah Taman Negara yang beroperasi sejak 1957, Bako menjanjikan pengenalan tepat mengenai hidupan liar dan alam semulajadi yang boleh didapati di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian utara Semenanjung Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak kecil, Bako menempatkan pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan belukar, hutan bakau,hutan dipterokarpa, ….

Lokasi: Kuching

Batu Lawi

sarawak borneo miri batu lawi Tempat Menarik di Sarawak
Pendaki gunung bolehlah mencuba Gunung Murud (2,424m, sederhana sukar) ataupun Batu Lawi yang terkenal (2,043, sangat sukar) yang terletak di kawasan Kelabit Highlands. Walaubagaimanapun, kedua-dua tempat ini merupakan pendakian yang serius dan perlu menggunakan khidmat juru pandu serta porter (RM80 sehari) yang boleh didapati di Bario atau Bakelalan. Bagi yang … Lokasi: Miri

Gunung Gading National Park

Gunung Gading Tempat Menarik di Sarawak
Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5 hari … Lokasi: Kuching

Gunung Mulu National Park – Satu Unesco World Heritage

Tempat Menarik di Sarawak Tempat Menarik di Sarawak
Gunung Mulu ialah taman negara terbesar Sarawak (544 persegi km), dan juga World Heritage Area pertama Malaysia, satu taraf ia telah dianugerahkan dalam 2000. Ia paling terkenal untuk sistem-sistem gua batu kapurnya, termasuk kamar semula jadi terbesar dunia (Sarawak Chamber), laluan gua terbesar dunia (Deer Cave)… Lokasi: Miri

Reef National Park Miri Sibuti

mirisibuti Tempat Menarik di Sarawak
Miri merupakan sebuah pusat menyelam yang sedang mendapat perhatian, hasil dari koleksi terumbu karangnya yang cantik yang membentuk Taman Negara Marin Miri-Sibuti, dengan kedalamannya dari 7-30 meter serta mempunyai jarak penglihatan yang sederhana iaitu dari 10-30 meter. Disini juga terdapat beberapa lokasi menarik untuk menyelam dan melihat bangkai-bangkai kapal yang … Lokasi: Miri

Mount Murud

Sarawak Miri mt murud2 Tempat Menarik di Sarawak
Pendaki gunung bolehlah mencuba Gunung Murud (2,424m, mungkin lebih) ataupun Batu Lawi yang terkenal (2,043, sangat sukar) yang terletak di kawasan Kelabit Highlands. Walaubagaimanapun, kedua-dua tempat ini merupakan pendakian yang serius dan perlu menggunakan khidmat juru pandu serta porter (RM80 sehari) yang boleh didapati di barrio atau Bakelalan. Bagi yang … Lokasi: Miri

Niah National Park

Niah Tempat Menarik di Sarawak
Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding … Lokasi: Miri

Santubong

Sarawak Borneo Kuching Santubong Tempat Menarik di Sarawak
Hanya 35 minit pemanduan dari Kuching, kawasan Santubong menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjungnya. Terdapat banyak daya tarikan semulajadi di sekitar lereng Gunung Santubong, hutan bakaunya, sungai-sungai, persisiran pantainya serta kukup-kukup lumpur. Habitat-habitat berlainan ini merupakan rumah kepada bermacam-macam jenis hidupan liar dan secara langsungnya menjadikan Santubong sebagai salah satu … Lokasi: Kuching

Kuching Wetland National Park

Kuching Wetland Tempat Menarik di Sarawak
Terletak hanya 15km dari Kuching dan lebih kurang 5km dari Pantai Damai, Taman Negara Kuching Wetlands yang seluas 6,610 hektar ini berada di muara Sibu Laut dan Sungai-sungai di Salak. Taman ini dipenuhi sistem kehidupan hutan bakau air masin yang termasuk rangkaian-rangkaian laluan air laut dan caruk pasang surut dan … Lokasi: Kuching

Limpaki Wetland

Sarawak Limbang Limpaki Wetland1 Tempat Menarik di Sarawak
Tanah lembap Limpaki ialah tanah lembap muara di mana sungai Limpaki berjumpa laut dan menyebabkan satu paya bakau. Tanah lembap Limpaki ialah satu hutan bakau menduduki dengan mamalia (monyet probosis), ular(ular kucing), reptilia (buaya), amfibia, burung-burung (burung hantu), dan serangga-serangga (kelip-kelip). Sungainya juga bekerjasama dengan ikan, udang, ketam dan kepah. . Lokasi: Limbang

Similajau National Park

Similaju Tempat Menarik di Sarawak
Taman Negara Similajau mengetengahkan kehebatan geografi bentuk muka bumi persisiran pantai Sarawak di utara Bintulu – rangkaian pantai yang berpasir keemasan, dilengkapi kawasan batu dan aliran jeram dari hutan, dan ketebalan hutan hujan menjadi sempadannya. Taman seluas 8,996 hektar ini paling sesuai dilawati pada musim kemarau (dari Febuari hingga Oktober) … Lokasi: Bintulu

Talang-Satang National Park

index.proxy 8 Tempat Menarik di Sarawak
Kawasan lindungan marin pertama di Sarawak, Taman Negara Talang-Satang merupakan sebuah taman seluas 19.414 hektar dan telah digazetkan pada tahun 1999 untuk melindungi spesis penyu di Sarawak. Taman ini merangkumi kawasan pantai empat pulau; Pulau Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (off Semantan), serta Pulau Satang Besar dan Pulau Satang … Lokasi: Kuching

Amacam!berminat tak pergi Sarawak...time cuti-cuti nanti bolehlah pujuk 'mummy daddy' pergi Sarawak. Sherry sendiri pun belum dapat jalan-jalan satu Sarawak dengan keluarga..Sarawak kan besar..:)haha!
Tapi teringin juga kan...mana lagi tempat menarik kalau tak tempat kita sendiri..kan3?hehe!

urmm...Sherry stop sini dulu okay...:)..hopefully,u guys happy dapat info ini..lau ada tersilap guna bhsa tu..sorry sangat2..hehheeh!
Bye...see u guys in the next post...:)

No comments:

Post a Comment