Hai bloggers....hehehe!Nama berita? (apakhabar?).. Ini first time Sherry buat blog..mula-mula memang tak tahu apa yang perlu share dengan kawan -kawan. Tapi mujur ada kawan bagi idea..hehe! Kawan Sherry bagi idea.. "bagi tahu lah apa tempat2 menarik kat Sarawak".. ya tak ya juga kan..hhehe! Biasalah 1st time jadi seoarang blogger ni..perlu banyak idea.
Sherry ni orang Sarawak..dari Lubok Antu..pelik kan nama tempat saya??hahaha!tapi jangan takut lah ya..tempat saya ni menarik..dekat jer dengan Hilton Batang Ai..promote kejap.haha! Sherry orang Iban,muka jer nampak macam chinese sikit. Sebab bnayak orang fikir saya chinese...
Okay!Bila masa mau cerita pasal tempat dekat Sarawak nih??!!merapu jer..sebelum kita kenal dulu tempat kat Sarawak, perlu tahu dulu sedikit dulu tentang Sarawak.Ni dia.. Banyak tempat menarik di Sarawak yang boleh kita kenali tetapi mari
kita kenali negeri Sarawak terlebih dahulu. Sarawak merupakan negeri yg
terbesar di antara 13 buah negeri yg terdapat di Malaysia dan merupakan
kepulauan ketiga terbesar di dunia – Kepulauan Borneo. Lebih dikenali
sebagai Bumi Kenyalang, mempunyai keunikan yg tersendiri dari segi
polpulasi, budaya, keadaan geografi dan sejarah.
Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik yang terdiri daripada Iban,
Chinese, Malay, Bidayuh, Melanau, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan,
Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan,
Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan
lain-lain.
Dengan adanya keunikan dari segi kepelbagaian kaum di Sarawak, ini
membuatkan Sarawak merupakan negeri yg mempunyai pelbagai tradisi, adat
dan agama. Penduduk di Sarawak turut dapat menikmati kepelbagaian
sambutan perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Keunikan inilah
membolehkan Sarawak menjadi satu destinasi pelancongan yang popular. Di
bawah adalah tempat menarik di Sarawak:
Taman Negara Bako
Sebuah Taman Negara yang beroperasi sejak
1957, Bako menjanjikan pengenalan tepat mengenai hidupan liar dan alam
semulajadi yang boleh didapati di Sarawak. Taman ini merangkumi bahagian
utara Semenanjung Muara Tebas seluas 27 km persegi. Walaupun agak
kecil, Bako menempatkan pelbagai jenis tumbuhan – hutan paya, hutan
belukar, hutan bakau,hutan dipterokarpa, ….
Lokasi: Kuching
Batu Lawi
Pendaki gunung bolehlah mencuba Gunung Murud
(2,424m, sederhana sukar) ataupun Batu Lawi yang terkenal (2,043,
sangat sukar) yang terletak di kawasan Kelabit Highlands.
Walaubagaimanapun, kedua-dua tempat ini merupakan pendakian yang serius
dan perlu menggunakan khidmat juru pandu serta porter (RM80 sehari) yang
boleh didapati di Bario atau Bakelalan. Bagi yang …
Lokasi: Miri
Gunung Gading National Park
Gunung Gading merupakan rumah kepada bunga
terbesar di dunia, Rafflesia, yang boleh membesar sehingga 1 meter
diameternya. Ketika mekar, bunga ini akan mengeluarkan bau busuk untuk
menarik perhatian lalat dan serangga kecil. Ianya tidak bermusim dan
mengambil masa selama 9 bulan untuk mekar dan hidup selama 4 hingga 5
hari …
Lokasi: Kuching
Gunung Mulu National Park – Satu Unesco World Heritage
Gunung Mulu ialah taman negara terbesar
Sarawak (544 persegi km), dan juga World Heritage Area pertama Malaysia,
satu taraf ia telah dianugerahkan dalam 2000. Ia paling terkenal untuk
sistem-sistem gua batu kapurnya, termasuk kamar semula jadi terbesar
dunia (Sarawak Chamber), laluan gua terbesar dunia (Deer Cave)…
Lokasi: Miri
Reef National Park Miri Sibuti
Miri merupakan sebuah pusat menyelam yang
sedang mendapat perhatian, hasil dari koleksi terumbu karangnya yang
cantik yang membentuk Taman Negara Marin Miri-Sibuti, dengan
kedalamannya dari 7-30 meter serta mempunyai jarak penglihatan yang
sederhana iaitu dari 10-30 meter. Disini juga terdapat beberapa lokasi
menarik untuk menyelam dan melihat bangkai-bangkai kapal yang …
Lokasi: Miri
Mount Murud
Pendaki gunung bolehlah mencuba Gunung Murud
(2,424m, mungkin lebih) ataupun Batu Lawi yang terkenal (2,043, sangat
sukar) yang terletak di kawasan Kelabit Highlands. Walaubagaimanapun,
kedua-dua tempat ini merupakan pendakian yang serius dan perlu
menggunakan khidmat juru pandu serta porter (RM80 sehari) yang boleh
didapati di barrio atau Bakelalan. Bagi yang …
Lokasi: Miri
Niah National Park
Taman Negara Niah menjanjikan pemandangan
yang memukau dan menakjubkan. Kawasan ini merupakan sebuah kawasan
penempatan manusia pada 40,000 tahun dahulu, dan mempunyai salah satu
pintu masuk gua terbesar di dunia, kawasan perkuburan Paleolitik dan
Neolitik serta ukiran-ukiran lukisan dinding era zaman besi. Gua Lukisan
yang terletak berdekatan menempatkan lukisan dinding …
Lokasi: Miri
Santubong
Hanya 35 minit pemanduan dari Kuching,
kawasan Santubong menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada
pengunjungnya. Terdapat banyak daya tarikan semulajadi di sekitar lereng
Gunung Santubong, hutan bakaunya, sungai-sungai, persisiran pantainya
serta kukup-kukup lumpur. Habitat-habitat berlainan ini merupakan rumah
kepada bermacam-macam jenis hidupan liar dan secara langsungnya
menjadikan Santubong sebagai salah satu …
Lokasi: Kuching
Kuching Wetland National Park
Terletak hanya 15km dari Kuching dan lebih
kurang 5km dari Pantai Damai, Taman Negara Kuching Wetlands yang seluas
6,610 hektar ini berada di muara Sibu Laut dan Sungai-sungai di Salak.
Taman ini dipenuhi sistem kehidupan hutan bakau air masin yang termasuk
rangkaian-rangkaian laluan air laut dan caruk pasang surut dan …
Lokasi: Kuching
Limpaki Wetland
Tanah lembap Limpaki ialah tanah lembap
muara di mana sungai Limpaki berjumpa laut dan menyebabkan satu paya
bakau. Tanah lembap Limpaki ialah satu hutan bakau menduduki dengan
mamalia (monyet probosis), ular(ular kucing), reptilia (buaya), amfibia,
burung-burung (burung hantu), dan serangga-serangga (kelip-kelip).
Sungainya juga bekerjasama dengan ikan, udang, ketam dan kepah. .
Lokasi: Limbang
Similajau National Park
Taman Negara Similajau mengetengahkan
kehebatan geografi bentuk muka bumi persisiran pantai Sarawak di utara
Bintulu – rangkaian pantai yang berpasir keemasan, dilengkapi kawasan
batu dan aliran jeram dari hutan, dan ketebalan hutan hujan menjadi
sempadannya. Taman seluas 8,996 hektar ini paling sesuai dilawati pada
musim kemarau (dari Febuari hingga Oktober) …
Lokasi: Bintulu
Talang-Satang National Park
Kawasan lindungan marin pertama di Sarawak,
Taman Negara Talang-Satang merupakan sebuah taman seluas 19.414 hektar
dan telah digazetkan pada tahun 1999 untuk melindungi spesis penyu di
Sarawak. Taman ini merangkumi kawasan pantai empat pulau; Pulau
Talang-Talang Besar dan Pulau Talang-Talang Kecil (off Semantan), serta
Pulau Satang Besar dan Pulau Satang …
Lokasi: Kuching
Amacam!berminat tak pergi Sarawak...time cuti-cuti nanti bolehlah pujuk 'mummy daddy' pergi Sarawak. Sherry sendiri pun belum dapat jalan-jalan satu Sarawak dengan keluarga..Sarawak kan besar..:)haha!
Tapi teringin juga kan...mana lagi tempat menarik kalau tak tempat kita sendiri..kan3?hehe!
urmm...Sherry stop sini dulu okay...:)..hopefully,u guys happy dapat info ini..lau ada tersilap guna bhsa tu..sorry sangat2..hehheeh!
Bye...see u guys in the next post...:)